Friday 27 July 2012

tentang aku 1

aku seorang yang begitu nakal dan sukanya pada menunjuk-nunjuk. kehidupanku penuh keperitan hidup atas kejahilan aku sendiri. aku memiliki keluarga yang begitu menyayangiku dimana sahaja aku tidak dilupakan. sebuah kehidupan aku bermula di teluk rimba muar tempat lahirku semasa ibu dan bapaku seorang penoreh getah dan disana aku dibesarkan untuk beberapa tahun. bapaku pernah berkata
"engkau dulu jatuh atas lantai simen, yang menghairankan batu boleh berlekuk"
aku tidak pasti akan cerita itu, selepas kejadian itu aku menangis seminggu dan demam-demam. tidak lama itu keluargaku mengambil bahagian dalam mengurus kantin tentera. seingat aku, pada masa itu umurku baru berusia 4 tahun. memori aku disitu hanyalah bermain dengan kucing dan menjahili kucing-kucing yang ada di kantin tersebut. aroma bau yang dihasilkan oleh kucing-kucing itu membuat aku menjadi rindu sendiri

sepintas lalu ibu dan bapaku berpindah ke ladang estet permas besar pontian. disana aku dibesarkan dan dijaga oleh jiranku. beliau dari golonangan india, namun begitu anak-anaknya lebih nakal dan suka menyakatku hanya kerana ibu dan bapaku tiada dirumah.

bila malam bapaku menjadi guru mengaji, hampir semua orang yang datang untuk berguru dengan bapaku masa itu umurku mencecah 5 tahun. pada waktu itu bapaku seorang buruh kasar yang hanya pergi ladang sawit untuk memotong buah sawit. ibuku pula seorang pekerja kilang BROTHER di johor bahru. pernah sekali aku benar-benar rindukan belaian seorang ibu aku tunggu dia sehingga dia pulang kerumah pada pukul 12 mlm. aku tunggu sampai aku tertidur-tidur